Tuesday, 7 February 2012

Rebuild C70 GBO

Assalamualaikum...


Citer ni lebih kurang gak ngan citer CAD 3344 cuma bezanya dulu Kereta sekarang nie Motor...

CN 5081 Honda C86 adalah peninggalan arwah ayah. Banyak kenangan dan jasa Motor no pada keluarga kami..ermm tak salah kut aku panggil motor senang mudah kan..
Dari aku darjah 1 sampailah nak masuk sekolah menengah dengan motor ni la mak hantar dan menjemput aku dan adik adik pulang dari sekolah.

Honda C86 ni jugalah kegunaan aku mak dan adik adik nak ke ladang. Kehidupan kami sekeluarga pada masa itutu diibaratkan cukup cukup makan la..seusia 7 tahun aku telah diberi sepenuh kepercayaan oleh mak untuk menjaga adik adik yg masih kecil di rumah. Yang bongsu berusia 3 tahun yang kedua berusia 4 tahun.

Manusia oleh kerana desakan hidup apa sahaja mereke boleh buat, berbekalkan semangat dan tawakkal kerana Allah. Kalau tk siapa lah yg nk beri kami adik beradi sesuap nasi... bukan tak ade saudara mara atau jiran tetangga membantu tetapi kehidupan pada zaman awal 80 an agak susah maklum la masa tu masing masing perlu mambanting tulang untuk meneruskan kehidupan. 

Aku bersyukur kerana bergelar seorang anak FELDA kami masih lagi mempunyai tempat berteduh yang sempurna walaupun tak sesempurna sekarang. Alhamdulillah berkat kesabaran mak membesarkan kami 3 beradik sekarang mak mampu mengukir senyuman..

Alamat da jauh terpesong nie.. okaylah berbalik kepada cerita aku pada asalnyer tadi..oleh kerana tidak mahu peninggal arwah ayah terbiar begitu sahaja My Hubby memulakan operasinyer..

Peralatan yang digunakan


Sebahagian daripada barang yang digunakan















Walaupun tidak mempunyai sebarang kemahiran 
aku cuba memberi sokongan sepenuhnya kepada Hubby untuk meneruskan usahanya dalam proses mengubah suai dan membaiki mana yang patut.Bukan apa dengan usaha dan sedikit minat insyallah akan membuahkan hasil yang memuaskan. Insyaallah mudah mudahan








Rangka Motorsikal yang telah sedia untuk disaluti Under Coat


Aku ni kiranya hanaya berperanan sebagai pembantu dan yang paling banyak skali tukang komen hehe...
 Dalam Masa 2 Hari enjin yang hampir 7 tahun tak dihidupkan dan sedikit alat ganti yang perlu diganti alhamdulillah enjin berjaya dihidupkan. Tak dinafikan kalau bab enjin Kereta setakat ini tak ada masaalah ini enjin Motor Hubby kurang arif dan tak banyak pengalaman.Tetapi berkat kesabaran dan sedikit tunjuk ajar serta bantuan dari sepupu dan ahli keluarga lain alhamdulillah berjaya juga separuh dari usahanya.



Gambar Diatas adalah sebahagian dari Ubah Suai yang dilakukan.


Akhirnya sempena Cuti Perayaan Thaipusam dan Maulidurrassul baru baru ini kenaangan yang ditinggalkan oleh arwah ayah bejaya disiapkan. Maklumla nak bawak anak berjalan pun cutinya tak sama dengan cuti abah yang bekerja di Selangor jadi peluang dan masa yang ada tak di sia siakan.. Inilah hasilnya yang dapat aku kongsikan bersama di sini...







2 comments:

  1. salam..
    perghh..menarik tu..
    kita berseni juga tangan suami
    aok ter..calang tangan tak
    jadi dah nak buat motor tu :)

    ReplyDelete
  2. waalaikummussallam...
    Boleh la abg Zul dari dibeli oleh lori besi buruk

    ReplyDelete