Thursday, 9 February 2012

Berakhirlah sudah....

Assalamualaikum...

Kesinambungan citer ni adalah dari kisah CAD3344 kalau anda semua masih ingat la...  Kisah kiter Proton yang di Make Over oleh My Hubby dan telah pun dijual..

Memang ikutkan tak de kene mengena dengan kami lagi dah..dek kerana geran masih belum ditukar nama pemilik jadi sedikit sebnayak tempiasnyerr kene gak pada kami.. tak pulak disangka panggilan yang diterma daripada nombor yang tidak dikenali beberapa bulan yang lepas adalah khabar mengenai kemalangan kereta tersebut...

Sikap ambil mudah dan terlalu mempercayai orang tengah dalam prose jual beli kenderaan seharusnya tidak ada, oleh kerana kekangan masa kami memberi sepenuh kepercayaan kepada jurujual kenderaan tersebut untuk menyudahkan segala urusan berkenaan dengan jual beli kenderaan sehinggalah proses tukar nama...

Dipendekkan cerita kereta tersebut dikira sebagai "Total Lost" oleh pihak insuran mana taknya ke empat empat tayar terbalik ke atas sewaktu kemalangan tersebut. Cerita yang kami dengar dari pembeli kereta tersebut diuji pandu oleh seorang Mekanik. Maklumla katanya Enjin kereta tersebut terlalu Pick Up jadi sesiapa yang tak biasa alamatnya....

Malang tak berbau mungkin itulah percaturan dari Allah S.a.w. pandu uji itu hanyalah penyebabnya...
Sedih tu tetap ada mau tak nyerrr kereta yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga..dan berakhirlah sebuah kenangan..














No comments:

Post a Comment