15hb Januari 2012.. Tinggal 5 hari lagi genap kandungan 7 bulan alhamdulillah Umi dan Abah tak sabar nk tunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kita..
10hb Januari 2012 .. Pemeriksaan lanjutan oleh Klinik Pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Kandunganku berada dalam keadaan normal dan baik sekali semuanya stabil dan normal. Selama ini setiap kali scan yang dibuat jantina bayi tak dapat dikenalpasti tetapi hari ini alhamdulillah kutahu bayi yg kukandung ini seorang bayi lelaki. mungkin kerana hari ni Abah ade sekali...Disebabkan GDM Diabetes during pregnancy aku terpaksa menjalan BSP (Ujian kandungan gula dalam darah 2 Minggu sekali)
Alhamdulillah Ujian HBA1C aku hanya pada 5.4 & 5.3 sahaja..maksudnya tidak merbahaya
Sebelum kehamilanku menjangkau usia 22 Minggu aku telah diberi penerangan oleh doktor dan nurse yg bertugas bahawa agak berisiko sekiranya ibu yg mengalamai kencing manis sewaktu kehamilan tidak menjaga dan memantau pemakanan sewaktu hamil.
Oleh yang demikian sebaik yang mungkin aku cuba memantau diet pemakanan dan juga berjumpa dengan Pegawai Zat Makanan untuk mendapatkan diet yg betul...
16hb Januari 2012..runsing, resah, macam macam bermain dalam pemikiranku disebabkan aku seorang wanita yg bekerjaya dan mempunyai tanggungjawab terhadap anak anak yang masih bersekolah aku ketepikan semuanya..Alhamdulillah tanpa Hubby yang jauh mencari rezeki untuk anak anak dan keluarga aku harungi hidup dengan redha.. sesekali terdetik rasa cemburu dihati kerana setiap kali aku ke Klinik Kesihatan aku hanya bersenderian..tidak seperti ibu ibu yang lain sudah sarat membawa perut, suami setia disisi menemani. aku pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi inilah percaturan dan perjalan hidupku.
Sungguhpun begitu Huby sering menghubungiku untuk bertanyakan perkhabaran kesihatan aku dan juga baby dalam kandunganku..Seringkali itu juga dia mengutarakan kerisauannya terhadapku..TQ B...
Lamunanku terhenti..esok 17hb Januari mak ade temujanji di KK Triang, tekanan darahnya perlu diuji, kandungan gula dalam darahnya juga perlu dipantau...
Solat subuhku hari ni tidak seperti biasa..selalunya aku sering ditemani oleh pergerakan bayi dalam kandungan. Tak mengapa la..untuk sedapkan hati sendiri aku anggap bayiku sedang tidur.. selesai menyediakan segala keperluan anak kesekolah seperti hari hari yang sebelumnya aku bersiap untuk menghantar mak ke Klinik..kalau lambat alamatnya lama la aku terpaksa berkampung di situ.
Aku merasa tidak sedap hati..macam macam bermain dalam benak pikiranku..aku berjumpa dgn salah seorang staff Nurse di situ untuk mengetahui keadaan sebenar kandunganku.. seperti biasa tekanan darah di ambil, berat badan ditimbang, Urin test dibuat sampailah ke peringkat terakhir iaitu mengesan pergerakan jantung bayi...Semunya normal.. Aku cuma berdoa dan berharap agar kandunganku tidak mengalami sebarang masaalah, tetapi Allah Maha mengkehendaki dan Maha mengetahui..jantung anak Umi tidak dapat dikesan. Aku dibawa berjumpa Dr untuk di Scan...betapa luluhnya hati Umi bila jantung anak umi langsung tidak bergerak..ku kuatkan semangat untuk menafikan apa yg kulihat adalah tidak benar..tiada sebarang kata yg dapatku ungkapkan hanya padamu ya tuhan ku berserah....
Gini genaplah 4 hari aku di tahan wad, kehulu kehilir ku membawa jasad yg sudah tidak bernyawa ini bersama.. kupanjatkan doa padamu ya rabbi semuga dipermudahkan segalanya ya tuhanku..20hb Januari 2012 pagi Jumaat 5.15 a.m. bayi selamat dilahirkan seperti bayi bayi lain cuma.. bezanya bayiku sudah tidak bernyawa lagi...Ya Allah betapa besarnya dugaanmu padaku..Aku Redha dengan Ketentuanmu Ya Allah..
Nur Raudah seorang bayi perempuan yang cukup sempurna sifatnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Kepayang Pada 20 Januari 2012... Umi redha dengan pemergianmu....
salam..
ReplyDeleteinnalillah...
sedih membacanya..simpati dari saya
apa nak buat Allah lebih menyayanginya
Al-Fatihah...
semoga anda dan keluarga
ReplyDeletetabah dengan dugaan ini...
Waalaikummussalam...TQ Abg Zul
Delete