Wednesday 27 June 2012

Hendak seribu Daya











How To Complete the Quran in Ramadhan :

Al-Quran have 600 pages approx...If You divide it by 30 days that is 20 pages a day. You See that is difficult to do right ? But if You divide it on the 5 prayers a day, it gets easier.

"If You Read 4 page after Solat in Ramadhan, then you have completed the Al Quran"

"If you want complete the Quran twice you read 4 page before and after every Solat"

Imagine if You forward this message how many people will benefit and complete. the Qur'an

Monday 13 February 2012

Buka Mata Buka Hati

Buka Mataku
Buka Hatiku
Allah Terangilah Hidupku Dengan SinarMu
Aku Meraba Tak Berdaya
Tanpa RahmatMu Aku Hina
Beribu Dosa Telah Terjadi
Mewarnai Langkah Ku
Hitam Diri Hitamlah Hari Yang Lalu
Bila Tanpa Cahaya Mu
Gelap Seluruh Hidupku
Tak Berdaya Tak Bererti Sia Sia
Tak MUngkin Bisa Ku Sempurna
MencintaiMu Seperti Ke Mahaan Mu
Diri Yang Hina Berlumur Noda
Hanya Bersimpuh Memohon Belas KasihMu

Mungkin ada di antara kita kenal dengan lirik lagu di atas, bukan apa aku hanya nak mengingati diriku sendri sahaja..Moga ada diantara kalian sudi mendoakan kesejahteraan hidupku. Amin



Thursday 9 February 2012

Berakhirlah sudah....

Assalamualaikum...

Kesinambungan citer ni adalah dari kisah CAD3344 kalau anda semua masih ingat la...  Kisah kiter Proton yang di Make Over oleh My Hubby dan telah pun dijual..

Memang ikutkan tak de kene mengena dengan kami lagi dah..dek kerana geran masih belum ditukar nama pemilik jadi sedikit sebnayak tempiasnyerr kene gak pada kami.. tak pulak disangka panggilan yang diterma daripada nombor yang tidak dikenali beberapa bulan yang lepas adalah khabar mengenai kemalangan kereta tersebut...

Sikap ambil mudah dan terlalu mempercayai orang tengah dalam prose jual beli kenderaan seharusnya tidak ada, oleh kerana kekangan masa kami memberi sepenuh kepercayaan kepada jurujual kenderaan tersebut untuk menyudahkan segala urusan berkenaan dengan jual beli kenderaan sehinggalah proses tukar nama...

Dipendekkan cerita kereta tersebut dikira sebagai "Total Lost" oleh pihak insuran mana taknya ke empat empat tayar terbalik ke atas sewaktu kemalangan tersebut. Cerita yang kami dengar dari pembeli kereta tersebut diuji pandu oleh seorang Mekanik. Maklumla katanya Enjin kereta tersebut terlalu Pick Up jadi sesiapa yang tak biasa alamatnya....

Malang tak berbau mungkin itulah percaturan dari Allah S.a.w. pandu uji itu hanyalah penyebabnya...
Sedih tu tetap ada mau tak nyerrr kereta yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga..dan berakhirlah sebuah kenangan..














Tuesday 7 February 2012

Rebuild C70 GBO

Assalamualaikum...


Citer ni lebih kurang gak ngan citer CAD 3344 cuma bezanya dulu Kereta sekarang nie Motor...

CN 5081 Honda C86 adalah peninggalan arwah ayah. Banyak kenangan dan jasa Motor no pada keluarga kami..ermm tak salah kut aku panggil motor senang mudah kan..
Dari aku darjah 1 sampailah nak masuk sekolah menengah dengan motor ni la mak hantar dan menjemput aku dan adik adik pulang dari sekolah.

Honda C86 ni jugalah kegunaan aku mak dan adik adik nak ke ladang. Kehidupan kami sekeluarga pada masa itutu diibaratkan cukup cukup makan la..seusia 7 tahun aku telah diberi sepenuh kepercayaan oleh mak untuk menjaga adik adik yg masih kecil di rumah. Yang bongsu berusia 3 tahun yang kedua berusia 4 tahun.

Manusia oleh kerana desakan hidup apa sahaja mereke boleh buat, berbekalkan semangat dan tawakkal kerana Allah. Kalau tk siapa lah yg nk beri kami adik beradi sesuap nasi... bukan tak ade saudara mara atau jiran tetangga membantu tetapi kehidupan pada zaman awal 80 an agak susah maklum la masa tu masing masing perlu mambanting tulang untuk meneruskan kehidupan. 

Aku bersyukur kerana bergelar seorang anak FELDA kami masih lagi mempunyai tempat berteduh yang sempurna walaupun tak sesempurna sekarang. Alhamdulillah berkat kesabaran mak membesarkan kami 3 beradik sekarang mak mampu mengukir senyuman..

Alamat da jauh terpesong nie.. okaylah berbalik kepada cerita aku pada asalnyer tadi..oleh kerana tidak mahu peninggal arwah ayah terbiar begitu sahaja My Hubby memulakan operasinyer..

Peralatan yang digunakan


Sebahagian daripada barang yang digunakan















Walaupun tidak mempunyai sebarang kemahiran 
aku cuba memberi sokongan sepenuhnya kepada Hubby untuk meneruskan usahanya dalam proses mengubah suai dan membaiki mana yang patut.Bukan apa dengan usaha dan sedikit minat insyallah akan membuahkan hasil yang memuaskan. Insyaallah mudah mudahan








Rangka Motorsikal yang telah sedia untuk disaluti Under Coat


Aku ni kiranya hanaya berperanan sebagai pembantu dan yang paling banyak skali tukang komen hehe...
 Dalam Masa 2 Hari enjin yang hampir 7 tahun tak dihidupkan dan sedikit alat ganti yang perlu diganti alhamdulillah enjin berjaya dihidupkan. Tak dinafikan kalau bab enjin Kereta setakat ini tak ada masaalah ini enjin Motor Hubby kurang arif dan tak banyak pengalaman.Tetapi berkat kesabaran dan sedikit tunjuk ajar serta bantuan dari sepupu dan ahli keluarga lain alhamdulillah berjaya juga separuh dari usahanya.



Gambar Diatas adalah sebahagian dari Ubah Suai yang dilakukan.


Akhirnya sempena Cuti Perayaan Thaipusam dan Maulidurrassul baru baru ini kenaangan yang ditinggalkan oleh arwah ayah bejaya disiapkan. Maklumla nak bawak anak berjalan pun cutinya tak sama dengan cuti abah yang bekerja di Selangor jadi peluang dan masa yang ada tak di sia siakan.. Inilah hasilnya yang dapat aku kongsikan bersama di sini...







Friday 3 February 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, da 3 minggu rupanya aku berpantang, mcm ibu ibu lain juga la masa berpantang ni seringkali menghitung hari, putaran waktu rasa begitu lambat sekali berlalu.. Dalam hati seringkali berkata "Lambatnya..bila la nak cukup 44 hari ni.. hehe....

Nak buat apa yer... da puas ngadap game teman anak main PS da puasa ngadap fb layan slot Akasia..itu jer la yg boleh aku buat nk habiskan masa...yer la kan nak kluar umah kang orag kata "Dia ni pantang tu buat la cara org berpantang" Ermm lagipun org tua tua ada kata masa tak abis 40 hari ni la nk kene jaga elok elok, masa ni macam macam boleh jadi... so...ikut jer la.. nk buat keje lebih lebih pun bukannya larat sangat pun hermmmm

Apa la yang aku merepek ni kan sebenarnyerr saje jer jgn kan tak update blog..hehe
ni tak org lain ada blog kita pun nk ada blog..tapi da bersawang sawang tak berjenguk..okaylah guys mata da ngantuk rasa nk tdo dulu la..Slamat malam  Wassallam


Wednesday 1 February 2012

Perginya Takkan Kembali



15hb Januari 2012.. Tinggal 5 hari lagi genap kandungan 7 bulan alhamdulillah Umi dan Abah tak sabar nk tunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kita..

10hb Januari 2012 .. Pemeriksaan lanjutan oleh Klinik Pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Kandunganku berada dalam keadaan normal dan baik sekali semuanya stabil dan normal.  Selama ini setiap kali scan yang dibuat jantina bayi tak dapat dikenalpasti tetapi hari ini alhamdulillah kutahu bayi yg kukandung ini seorang bayi lelaki. mungkin kerana hari ni Abah ade sekali...Disebabkan GDM Diabetes during pregnancy aku terpaksa menjalan BSP (Ujian kandungan gula dalam darah 2 Minggu sekali)
Alhamdulillah Ujian HBA1C aku hanya pada 5.4 & 5.3 sahaja..maksudnya tidak merbahaya

Sebelum kehamilanku menjangkau usia 22 Minggu aku telah diberi penerangan oleh doktor dan nurse yg bertugas bahawa agak berisiko sekiranya ibu yg mengalamai kencing manis sewaktu kehamilan tidak menjaga dan memantau pemakanan sewaktu hamil. 

Oleh yang demikian sebaik yang mungkin aku cuba memantau diet pemakanan dan juga berjumpa dengan Pegawai Zat Makanan untuk mendapatkan diet yg betul...

16hb Januari 2012..runsing, resah, macam macam bermain dalam pemikiranku disebabkan aku seorang wanita yg bekerjaya dan mempunyai tanggungjawab terhadap anak anak yang masih bersekolah aku ketepikan semuanya..Alhamdulillah tanpa Hubby yang jauh mencari rezeki untuk anak anak dan keluarga aku harungi hidup dengan redha.. sesekali terdetik rasa cemburu dihati kerana setiap kali aku ke Klinik Kesihatan aku hanya bersenderian..tidak seperti ibu ibu yang lain sudah sarat membawa perut, suami setia disisi menemani. aku pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi inilah percaturan dan perjalan hidupku.

Sungguhpun begitu Huby sering menghubungiku untuk bertanyakan perkhabaran kesihatan aku dan juga baby dalam kandunganku..Seringkali itu juga dia mengutarakan kerisauannya terhadapku..TQ B...

Lamunanku terhenti..esok 17hb Januari mak ade temujanji di KK Triang, tekanan darahnya perlu diuji, kandungan gula dalam darahnya juga perlu dipantau...

Solat subuhku hari ni tidak seperti biasa..selalunya aku sering ditemani oleh pergerakan bayi dalam kandungan. Tak mengapa la..untuk sedapkan hati sendiri aku anggap bayiku sedang tidur.. selesai menyediakan segala keperluan anak kesekolah seperti hari hari yang sebelumnya aku bersiap untuk menghantar mak ke Klinik..kalau lambat alamatnya lama la aku terpaksa berkampung di situ. 

Aku merasa tidak sedap hati..macam macam bermain dalam benak pikiranku..aku berjumpa dgn salah seorang staff Nurse di situ untuk mengetahui keadaan sebenar kandunganku.. seperti biasa tekanan darah di ambil, berat badan ditimbang, Urin test dibuat sampailah ke peringkat terakhir iaitu mengesan pergerakan jantung bayi...Semunya normal.. Aku cuma berdoa dan berharap agar kandunganku tidak mengalami sebarang masaalah, tetapi Allah Maha mengkehendaki dan Maha mengetahui..jantung anak Umi tidak dapat dikesan. Aku dibawa berjumpa Dr untuk di Scan...betapa luluhnya hati Umi bila jantung anak umi langsung tidak bergerak..ku  kuatkan semangat untuk menafikan apa yg kulihat adalah tidak benar..tiada sebarang kata yg dapatku ungkapkan hanya padamu ya tuhan ku berserah....

Gini genaplah 4 hari aku di tahan wad, kehulu kehilir ku membawa jasad yg sudah tidak bernyawa ini bersama.. kupanjatkan doa padamu ya rabbi semuga dipermudahkan segalanya ya tuhanku..20hb Januari 2012 pagi Jumaat 5.15 a.m. bayi selamat dilahirkan seperti bayi bayi lain cuma.. bezanya bayiku sudah tidak bernyawa lagi...Ya Allah betapa besarnya dugaanmu padaku..Aku Redha dengan Ketentuanmu Ya Allah..

Nur Raudah seorang bayi perempuan yang cukup sempurna sifatnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Kepayang Pada 20 Januari 2012... Umi redha dengan pemergianmu....