Wednesday, 16 November 2011

Word Think




Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh, bersemangat waja – berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula ; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik 

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad

Marah & Dendam




Bagaimana Menghilangkan Sifat Marah   

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.   

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". 

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Sepatutnya Tidak ada di dalam kamus hidup kita perkataan kalau atau barangkali. Hati sepatutnya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : 

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina. 

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.  Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam.  Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar,darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. Berbanyak-banyakkanlah beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Nasihat PZM (Pakat Zat Makanan)


ANAK ANDA IALAH APA YANG DIA MAKAN


Assalamualaikum sahabatku sekalian alhamdulillah baru hari ni berkesempatan nak menjengok ke blog yg dah lama tinggal ni... hari ni ader kesempatan nk kongsi ape yg dapat semasa menghadiri ceramah oleh PZM di Klinik Kesihatn Triang baru baru ni..alhamdullillah semoga ianya berguna untuk kita semua..

Makanan anak anda mempengaruhi:-

  • daya ingatan, berfikir, dan kecergasan akal
  • memberi kesan kepada system biokimia tubuh
  • makanan yang baik – fungsi otak dan urat saraf berkesan

Makanan yg dianjurkan ketika bersarapan:-


  • bijirin, susu, roti penuh serat, buah-buahan
  • nasi atau mi tidak digalakkan kerana karbohidrat yang banyak akan menyebabkan mengantuk
  • makan beberapa keping roti disapu jem dan segelas susu
  • banyakkan minum air kosong – mengurangkan kesan penyakit

Elak tekanan


  • lesitin – mengelakkan tekanan
  • cth: terdapat pada sayur2an

Sumber utama makanan minda


  • karbohidrat
  • lemak
  • protein
  • vitamin
  • galian
  • air

Fungsi otak peringkat optimum


Terbahagi kepada 3:-

  • Oksigen – mencergaskan otak, memberangsangkan perkembangan neuron
  • Glukosa – pembekal kuasa elektrik bagi neuron
  • Protein – baik utk neurotransmitter otak, tenang dan menguatkan daya ingatan. Terdiri drp 2 jenis:-
i) Asid amino tisosina – kacang soya, kacang dal – makanan penggalak mental
ii) Asid amino triptofan – jagung, makanan tenusu, pisang, bijirin bunga matahari, beras perang – menyegarkan otak




Makanan & Vitamin


  • makanan yg baik mengandungi vitamin
  • digalak memakan pelbagai vitamin
  • mendapatkan kualiti & kemampuan berfikir dan daya ingatan yang baik
  • cth: B1, B2 (riboflavin), B6, B12 dan asid folik

Neurotoksik dan neurofilik


  • elak makan neurotoksik yg tidak baik utk perkembangan otak
  • kurangkan makanan yg mengandungi garam dan gula berlebihan spt: makanan ringan, ais krim, gula-gula dan coklat
  • gula berlebihan menyerap nutrien spt vit B
  • jika kurang vit B – kurang tumpuan, mudah kecewa, kurang daya ingatan
  • elak makanan terlalu berlemak spt: makanan goring, makanan ringan
  • elak terus minuman kafein sejak kecil
  • makanan neurofilik – ‘tonik otak’ – spt: kuning telur, buah limau, pisang, daging tanpa lemak, ikan, minyak ikan, kekacang spt kacang dal, pistachio, pis, kacang soya, kubis bunga, kubis
  • galak anak makan beras perang, kurma, kismis, badam, madu
  • makan seberapa banyak sayur

Thursday, 21 July 2011

Name Tag Vs Lencana


Ni Name Tag aku masa Sekolah di SMB Bera Bandar 32

Aku just nak share zaman sekolah dolu dolu la kan.. baik di Sekolah Rendah, Sekolah Agama ataupun Sekeloh Menengah kita semua akan di beri Name Tag (Lencana ,Tanda Nama bagi pengenalan diri..) salah satu tujuannya adalah memudahlan Pengawas yang bertugas untuk mencatit nama pelajar yang melanggar disiplin sekolah...

Undang-undang memakai Name Tag ni berkekalan sehingga ke hari ni..tapi skang kebanyakkan Name Tag tak sama da macam zaman dolu dolu...

Mengapa aku kata tak sama sebab dulu Lencana dari besi atau plastik(nama sainstifik dia aku tak reti nk nyebutnya la.. hehe...tak caya kalau korang semua takcaya tengok nie


* Ini adalah antara koleksi Lencana Sekolah yang masih ada dalam simpanan yang lain lain dah hilang tak dapat di kesan...

Lencana Sekolah Agama Rakyat Felda Kumai
Lencana Sek Keb  LKTP Kumai
Masa di SMB Bandar 32

Masa Sekolah Rendah

Ada Baiknya


Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa ais tidak elok untuk diminum selepas makan.
Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini.
Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan.
Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut, makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.
Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil pula akan disalurkan ke usus besar untuk dibuang melalui najis.
Jika kita minum air panas selepas makan terutamanya selepas menjamah makanan yang berlemak atau berminyak, air itu akan mencairkan lemak atau minyak yang kita makan tadi dan memudahkan makanan tadi diserap oleh usus kecil.
Seterusnya, makanan tersebut akan pergi ke jantung kita. Apa yang berlaku di jantung ialah makanan akan disejukkan kerana jantung manusia berfungsi seperti sistem penyejuk kereta.
Lemak atau minyak yang dimakan tadi apabila disejukkan akan menjadi beku di jantung. Inilah antara punca masalah jantung yang sering dihadapi oleh manusia kini. Ini akan menyebabkan fungsi jantung terganggu disebabkan oleh mendapan lemak atau minyak yang ada pada saluran darah di jantung manusia. Maka akan terjadilah penyakit jantung tersumbat, lemah jantung, dan lain-lain.
Sebaliknya, jika kita minum air sejuk atau ais, makanan tadi terutamanya yang berlemak atau berminyak akan disejukkan dan dibekukan di perut dan tidak akan dapat diserap oleh usus kecil. Malah, makanan berlemak ini akan terus ke usus besar dan dibuang sebagai najis. Maka akan selamatlah jantung kita daripada lemak berlebihan dalam makanan tadi.
Adalah salah sama sekali kita menyamakan proses yang berlaku di dalam dan di luar badan manusia. Ini kerana, fisiologi badan manusia itu sangat berbeza daripada fisiologi di luar badan manusia. Malah, tidak sama sekali dapat disamakan dengan apa-apa pun binatang yang ada di dunia ini. Kerana itulah kejadian manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan oleh Allah S.W.T.
Kesimpulannya, adalah digalakkan kita minum ais sejurus selepas makan, minum air pada suhu bilik, 30 minit selepas makan dan minum air panas atau suam 2 jam selepas makan. Namun, ais tersebut adalah ais yang kita buat sendiri daripada air yang ditapis bukan ais di kedai kerana ais di kedai tinggi kandungan ammonia yang akan memberi mudarat kepada kita.
Sangat penting kita menjaga pemakanan kerana ia sangat berkait dengan perkembangan akal manusia.
 Sumber :- I Luv Islam

Wednesday, 6 July 2011

Yang Lama tetap dikenang


CAD 3344 

Orang kata barang yang yang lepas jangan dikenang...aku rasa senario ni kadang kadang kita tak leh nk guna pakai gak.. Bagi aku la tak der yang lama mana akan datangnya perkataan berlawanan untuk yg baru...hehe merapu jerk lebih ni.....

Apa yang aku nk huraikan tentang tajuk di atas cuma ada sikit jerk yang terkena rasanya la.... cite ni tak la menarik ngat tapi bagi aku la ianya tetap menjadi kenangan...

Bermula alkisah aku memiliki sebuah kereta yang dibeli dengan harga RM2400 haha..nak tau rupanya korang bayangkanlah kerete cash ngan harga RM2400 dah tentunya tanpa berhawa dingin ..tapi aku bangga tetap bangga sebab aku dan suami membelinya dengan hasil titik peluh kami sendiri walau pun lama tetap menjadi second car untuk kami sekeluarga..bukan tak de kereta lain cuma keadaan yang membuatkan kami kena juga beli kete ni...(bukan ikut nafsu tau..jgn slah tafsir yerrrr.... apa la sangat ngan kete yg macam nie...) dek kerana aku di Pahang husband ku di KL so masing masing memerlukan kereta untuk memudahkan urusan harian kay stop kat citernyer.. jadi Proton Saga tahun baper yer registernya aku pun lupa tapi firs model la nak tengok rupanya..tapi masa ni da kene barai la sbb nk make over .......

Masa ni cuaca plak tak menetu jap jap hujan jap jap panas  sabo jer la dugaan belaka ni setelah di ketuk di tampal mane yang bocor direpair mane yang rosak ( semua ni Hubby aku buat kt umah dengan bantuan my cousin name is Mamat tanpa bantuan dia rasanya lambat gak la keje keje menyemen body kete ni) mana taknya banyak ngat tobeknyer....

Kira kira Seminggu la almaklum la selang seli ngan keje lain aku jadi mando jerkkk hehe tau complain jerk kalau ada yang tak kene sooo sampai la stage under cote hehe nak tengok rupanya tadaaaa....

 

 Aku citer shot cut la yerkk kang boring lak... so lepas under cote sampai la ke lapisan pertama aku n hubby da sepakat nak sembur cat colour merah hehe rasanya nice gak colour ni kan... so hasilnya.....Cantik kan..hehe aku masuk bakul angkat sendiri.... okay la dari mula mula we all dapat itu ari....Final touch sikit dari hubby so at the end kete ni amat berjasa pada keluarga aku 









Setelah di diberi sentuhan terakhir inilah hasilnya...Tapi sayang seribu kali syang kete ni hanya bersam kami tak lama mungkin bukan rezeki our family...perkhidmatannya sebagai family car berakhir pada  Ogos 2010
Bukan apa rasanya keluarga da bertambah so nk lebih keselesaan kabi membuat keputusan untuk Trade in jerkk Proton ni .....The End....

Untuk tatapan kalian inilah hasilnya setelah di beri final touch 





Menyintai Tidak Semestinya Memilik




I Love U...Wo ai ni..Sara ye...Aku Cinta Kamu...semuanya mempunyai maksud yang sama...Tak Kenal Maka Tak Cinta...dah kenal mulalah teraba raba ...Cinta itu Buta..?? Betul ke Cinta yang buta...Cinta Tak Mengenal Usia....Dari Mata Turun kehati dari Hati Datangnya Cinta... 

Menyintai tidak semestinyai Memilik sakitkan...pedihkan...Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan..tapi..tak ramai yang mampu terima hakikat bahawa Jodoh dan setiap Pertemuan telah di Tentukan....

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. 

CINTA pada PENCIPTA adalah cinta yang berkekalan ....

Tuesday, 5 July 2011

Mari Belajar

Wo jiou Jeck




Saje nk share kt sini apa yang aku tau serba sikit tentang bahasa Mandarin ni bukan la expert sangat cuma asas jerkk...

Good Evening  - wanshang hao
Good Morning - zhaoshang hao
i'm sorry - dui bu qi
please - qing
Hello / Hai - ni hao
Apa Khabar - ni hao ma ?
Nice to meet u - wo hen gao xing ren shi ni
Good Bye - zai jian
See u later - dai hui jian
Terima kasih - xie xie
Sama sama - bu yong ke qi
I don't speak Chinese - wo bu hui jiang zhong wen
I dont understand - wo bu dong


Kita Nyanyi Sikit Boleh ( Melodi Lagu Burung Kakak Tua )

Wo ai papa mama  Wo ai gege jie jie - saya sayang abah umi saya sayang abang kakak
Wo ai di di mei mei Wo ai wo de chia ren - saya sayang adik saya saya sayang keluarga saya

Nombor dalam bahasa Mandarin

0- ling
1 - yi
2 - er
3 - san
4 - si
5 - wu
6 - liu
7 - qi
8 - pa
9 - jiu
10 - shi

Warna dalam Bahasa Mandarin

hong se - Merah
huang se - kuning
qing se - Hijau
lan se - biru
bai se - putih
hei se - hitam


Wednesday, 29 June 2011

Senyum Tak Perlu Kata Apa Apa

SENYUM......Susah ke..Payah ke...Penat Ke...Mahal ke...?????



" UNTA PUN PANDAI SENYUM "


SENYUM itu sedekah kerana ia menyenangkan hati orang.Apabila kita bersedakah kita dah pun mengembirakan hati seorang Insan

SENYUM seindah suria yang membawa Cahaya.Senyumlah dari hati duniamu berseri

Dari Senyumanmu Kutahu Asal Usul Mu "ce wahh macam ahli Nujum la pulak..."

Bila Kau Tersenyum ku Tersenyum jua

Senyumlah jika Mahu Sihat..eh betul ker..??

Yup it's true dengan senyuman hormon endorfin akan dikeluarkan. Apa tu Endorfin..??
Endorfin adalah Pil Tahan sakit yang dikeluarkan oleh badan secara semulajadi jadi
So..apa lagi kalau mahu sihat SENYUMLAH SELALU

Tetapi harus diingat Hanya senyuman yang Ikhlas,  Sejati dan Tulus dapat memberi manfaat kepada kesihatan..

Tuesday, 28 June 2011

Kebawah Duli berkunjung Lagi





Bera...
Tak kenal Maka tak Cinta
Bukanlah Indah Khabar Dari Rupa
Memang Dah Nyata...bukan lagi Omongan Kosong Belaka...
Sebut jer dulu orang terpinga pinga Now Bera dah ada dalam Peta Dunia.....

Kebawah Duli Tuanku Datang lagi.. hari ni Tuanku di Pejabat Daerah dan Tanah Bera
Hajat dihati nk kesana bukannya jauh cuma sekankang Kera 
Tapi memandangkan terlalu ramai umat manusia Aku batalkan hajat untuk ke sana
Tuanku Baginda Sultan Bijak Sana Hamba Rakyat aman sentosa di bawah kerajaan pimpinan Raja.

" Sultan Berjiwa Rakyat "



Ehem ehem...ada makna rupanya

Maksud Ciuman.Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium:-

 1.Suka cium dahi isteri.....suami yang romantis.

2.Suka cium pipi isteri........suami yang penyayang.

3.Suka cium mulut isteri.......suami yang gelojoh.

4.Suka cium tengkuk isteri........suami yang mata keranjang.

5.Suka cium telinga isteri.........suami yang sensitive.

6.Suka cium leher isteri.........suami yang penyabar.

7.Suka cium buah dada isteri........suami yang suka bermanja.

8.Suka cium tangan isteri.......suami yang hipokrit.

9.Suka cium ketiak isteri.......suami yang menerima isterinya seadanya.

10.Suka cium punggung isteri.......suami yang suka bergurau.

11.Suka cium kaki isteri.......suami yang terlalu menghormat isteri.

12.Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri......suami yang mementingkan diri.

13.Suka cium seluruh bahagian badan isteri........suami yang baru balik dari outstation..hehe

   

Kelahiran Kembar





Assalamualaikum..terlebih dahulu Syukur.....

Alahamdulillah baru baru ni aku dikurniakan sepasang anak saudara Kembar Seiras rasanya belum terlambat lagi nk update kt sini sebab Ibu kepada Pasangn kembar ni pun belum habis pantang lagi...hehe...
Yang  Si akak dipanggil Zahira kalau tak silap arr si adik Zuhaira...tersangatlah comeynye...(org tak nak puji aku puji sendir pun tak pe) yang penting dua dua sihat dan sempurna....

Pasangan Kembar ni selamat dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pada 31 Mei 2011 yang lalu kira kira jam 5.30 a.m.
Jadi bertambahlah bilangan ahli keluarga dan Umat Nabi Muhammad semoga mereka berdua dilindungi dan dirahmati Aminnn.....

Monday, 27 June 2011

Sekadar Kenangan

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1970-1980..
MESTI KORANG INGAT NI






" Gambar Masa Sekolah Rendah "


 Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
 Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
 Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban dan kegemaran budak pompuan Meoro Attack semua berangan nak jad cam Heroin dia (Chun)

 Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
 cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua
 kat seblah...

 Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
 Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi
 yang berlubang, kene laa tampal.

 Ni sure korang ingat...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

 cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
 Pukul tapak tangan... kan ?

 semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
 time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
 Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
 yang suka stoking tebal laaa....

 Internet? email? Menda alah ape tu?
 CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.
 kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
 Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
 warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti
 Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa
 dlm class.
 
 lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
 pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
 awal.
 Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
 rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol,
 batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada
 byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
 
 hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
 World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
 Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat
 dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
 
 AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir.
 Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn
 Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih
 utk sebuah komputer.
 
 Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti
 nak switch on TV kalau xde remote control.Dan diorg tak paham macam mane
 kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
 hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

 1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
 2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
 3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
 4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
 5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
 6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
     bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu
     Time kecik2, nakal2 dulu...

 Tapi apa yang pentinglahkan..bila kenangkan saat ni semua dgn
 mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya
 bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu
 lagi..> > sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Thursday, 23 June 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum pembuka Bicara........


Terlebih dahulu salam perkenalan aku ucapkan untuk semua..wujudnya blog nie sekadar suka suka untuk mengisi masa.Bukannya apa sebelum nie kesibukkan kerja membataskan masa untuk bersosial kt laman blog nie...kebetulan ader kawan kawan yang aktif berblog mempelawa aku untuk mencuba hehe...mana la tau dari suka suka jadi beriya iya la pulok ekekek.... 

Terima Kasih untuk insan yang sudi meluangkan masa di blog hamba ni....







Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah... Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah   sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan   lari bersama-sama dengan salam itu.. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,  Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya. 

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi2, serta Allah melimpahkan   rahmat padanya..

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka   Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya-mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT   akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan   niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.  

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' 'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan 
SHOLAT dan ZAKATuntuk Akhirat-mu'   

Kita Selalu Lupa

ADAB MENZIARAHI ORANG MENINGGAL


Di antara adab-adab ketika kita pergi menziarahi orang meninggal ialah:
1. Berbicara dengan baik. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila kamu datang mengunjungi orang yang sakit atau orang mati, hendaklah kamu berbicara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."Namun, ramai orang sekarang apabila berada di rumah orang mati, mereka suka berbicara perkara-perkara yang menyentuh peribadi orang yang mati tersebut. Seperti menceritakan perilaku tidak elok orang yang mati itu ketika dia masih hidup. Sebenarnya perihal semasa dia hidup tidak perlu lagi dibicarakan kecuali pada perkara-perkara yang baik sahaja untuk dijadikan teladan kepada yang masih hidup.

2. Berdoa yang baik-baik. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berdoa kecuali dengan doa yang baik sahaja."Kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kita ucapkan ketika itu. Para ulama menganjurkan sunat menghadiri orang yang kematian bagi orang soleh dan ahli ilmu, supaya mereka dapat memberikan nasihat atau memperingati orang yang akan meninggal itu dengan taubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah serta mendoakan untuk yang akan meninggal sehingga orang lain dibelakangnya boleh mengambil manfaat atas peristiwa tersebut.

3. Tutuplah mata si mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Syaddad bin Aus berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Bila kamu menghadiri orang yang meninggal dunia di antara kamu, maka tutuplah akan matanya, kerana sesungguhnya pandangan mata itu mengikuti roh (yang keluar) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik, kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."

4. Ucapkan "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin". Ummu Salamah ra.'anha berkata: "Bila kamu datang mengunjungi orang yang sedang sakarat, hendaklah kamu ucapkan: "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin."

5. Ucapkan "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah". Bakr bin Abdullah Al-Mazanniy At-Tabi'ie ra. berkata: "Bila kamu menutup mata mayat maka ucapkanlah "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah." Kemudian Sofwan yang kebetulan hadir membaca ayat "wal mala-ikatu yusabbihuuna bihamdi rabbihim" (dan Malaikat selalu bertasbih memuji Tuhan mereka). Sementara itu ada yang pernah mendengar Aba Maisarah Az-Zahidiy berkata: "Pada waktu Ja'far Al-Mu'allim, pada saat beliau dalam keadaan menghadapi kematian, mata beliau kututup. Beliau pun meninggal. Dalam mimpiku aku melihat Ja'far Al-Mu'allim datang kepadaku dan berkata: "Aku berterima kasih kepadamu yang telah menutupkan mataku sebelum aku meninggal dunia."

Wallahu Subhanahu wa Taala a'lam