Thursday, 31 October 2013

Family Trip Capter 1(Pulau Pangkor)

Tak Kenal Maka Tak Cinta.. walau pun dah lama aku bersuamikan Hubby yang berasal dari Perak masih banyak tempat tempat menarik di sana yang masih belum aku dan family lawati salah satunya adalah Pulau Pangkor.. Setelah kata sepakat di perolehi kami bercadang untuk bercuti ke Teluk Nipah Pulau Pangkor.

Oleh Kerana Sepupu suami salah seorang pengusaha resort dan kedai makan di sana jadi mudahlah bagi kami untuk bercuti ke sana.

Perjalanan kami bermula dari Kg Ayer Hitam Batu Kurau Perak menuju ke Jeti Lumut Alhamdulillah selamat sampai dan menunggu ketibaan Feri untuk ke seberang.Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.Almaklumla musim cuti punya la ramai umat manusia. Tahap kesabaran betul betul teruji hehe..

Nak tak nak da sampai kan tunggu je la...Kami bercadang untuk tidak bermalam di sana kerana kedua dua Abang Ipar bercadang untuk terus pulang ke Kuala Lumpur. Tapi nak di jadikan ceritakan.. Feri yang dijadualkan tiba Jam 10.00 pagi ditunda ke 12.3tengah hari alamatnya lewat la kami tiba di sana.


Akhirnya kami selamat sampai ke Teluk Nipah.er.mmm... mengikut perancangan tidak mahu bermalam tetapi atas desakan anak anak yang masih belum puas menikmati keindahan ciptaan Ilahi kami akur...(dalam hati aku pun rasa tak nak balik lagi bila da sampai sini hehe)





Keesokkan pagi setelah selesai sarapan pagi kami semua bersiap untuk balik.. inilah serba sedikit pengalaman kami sekeluarga disana..In sya allah kami akan ke sana lagi..

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-
Kubu Belanda
Tokong Fu Ling Kong
  1. Kota Belanda
  2. Batu bersurat
  3. Pantai Puteri Dewi
  4. Pantai Pasir Bogak
  5. Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.


No comments:

Post a Comment