Thursday, 31 October 2013

Family Trip Capter 1(Pulau Pangkor)

Tak Kenal Maka Tak Cinta.. walau pun dah lama aku bersuamikan Hubby yang berasal dari Perak masih banyak tempat tempat menarik di sana yang masih belum aku dan family lawati salah satunya adalah Pulau Pangkor.. Setelah kata sepakat di perolehi kami bercadang untuk bercuti ke Teluk Nipah Pulau Pangkor.

Oleh Kerana Sepupu suami salah seorang pengusaha resort dan kedai makan di sana jadi mudahlah bagi kami untuk bercuti ke sana.

Perjalanan kami bermula dari Kg Ayer Hitam Batu Kurau Perak menuju ke Jeti Lumut Alhamdulillah selamat sampai dan menunggu ketibaan Feri untuk ke seberang.Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.Almaklumla musim cuti punya la ramai umat manusia. Tahap kesabaran betul betul teruji hehe..

Nak tak nak da sampai kan tunggu je la...Kami bercadang untuk tidak bermalam di sana kerana kedua dua Abang Ipar bercadang untuk terus pulang ke Kuala Lumpur. Tapi nak di jadikan ceritakan.. Feri yang dijadualkan tiba Jam 10.00 pagi ditunda ke 12.3tengah hari alamatnya lewat la kami tiba di sana.


Akhirnya kami selamat sampai ke Teluk Nipah.er.mmm... mengikut perancangan tidak mahu bermalam tetapi atas desakan anak anak yang masih belum puas menikmati keindahan ciptaan Ilahi kami akur...(dalam hati aku pun rasa tak nak balik lagi bila da sampai sini hehe)





Keesokkan pagi setelah selesai sarapan pagi kami semua bersiap untuk balik.. inilah serba sedikit pengalaman kami sekeluarga disana..In sya allah kami akan ke sana lagi..

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-
Kubu Belanda
Tokong Fu Ling Kong
  1. Kota Belanda
  2. Batu bersurat
  3. Pantai Puteri Dewi
  4. Pantai Pasir Bogak
  5. Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.


Mini Zoo

As Salam umangai bersawang sawang Blog ni rupenyee..agak lama aku tidak mengaktifkan diri rasanya.Jangan ade penunggu atau jin dah le yee bersarang kt sini hehe..


Kisah yang aku nk kongsi bersama ni tak lah menarik mane cuma pengalaman pengalaman yang ade sewaktu memelihara berbagagai jenis haiwan peliharaan.Ada yang kata umah aku ni umpama mini Zoo hehe boleh la...mane taknye keluarga kami hanya tingga di Rumah Teres End Lot yang berkeluasan 20 feet x 70 feet jer..yang mempunyai 3 bilik 2 bathromm dan 1 Utilities Room alhamdulillah dapat juga kami sekeluarga berteduh dari hujan dan panas.

Okay lupakan kisah bab umah yerkk.. 

Disebabkan aku hubby dan anak- anak memang suka memelihara berbagai jenis haiwan peliharaan so kami membuat keputusan dan susun atur tempat pemeliaharan untuk mengelakkan ruang yang ade menjadi sempit.
Antara haiwan peliharaan yang dipelihara adalah spesis burung Love Bird ade 4 pasang semuanya, 2 Pasang Terkukur, Sepasang Arnab yang amat comel, seekor ikan Kaloi Sabah, seekor kura- kura mini, sepasang Hamster, Seekor Kucing dan beberapa Ekor Ikan Guppy.Banyak kan... tak salah la.. kalau ade rakan rakan yang kata umah aku ni da macam MINI ZOO.


  Alhamdulillah agak lama juga la tempoh aku memelihara kesemua haiwan di atas tapi nak di jadikan cerita la.. kan disebabkan Arnab aku letak satu sangkar dengan burung burung yang aku pelihara tak sangka pulak disebabkan kecuaian aku sendiri lupa untuk mengunci pintu di ruangan sebelah atas kesemua burung yang ade dalam sangkar terlepas keluar... aduyaiii.. apa la ayat yang aku nak mulakan ngan hubby yee maklumla kesemua burung yang terlepas tersebut adalah burung kesayangnya..hehe..nak tak nak aku terpaksa mengaku dan akur di atas kesilapan tersebut. 

So.. da kurang la sikit kos bulanan untuk menampung keperluan makanana dan kesihatan untuk burung tersebut.Yang tinggal Hanyalah Seekor Ikan Kaloi Sabah, Seekor Kura-Kura Mini, beberapa ekor ikan Guppy, Sepasang Arnab, Sepasang Hamster, Seekor kucing.. jeng Jeng. Kucing ngan Hamster boleh ke..???
itu yang menjadi tanda tanya.. alhamdulillah kucing peliharaan aku ni tak suka kot ngan spesis Tikus Belanda ni.. maklumla sejak kecik da biasa makan makanan dalam packet jadi di tak pandang sangat la ngan tikus nie..Okay selamat kt situ..almakumla kita duk umah taman ni kan kadang kadang tu bersepah sepah kucing terbuang yang hidup merimpat yang memerlukan makanan hasil usahanya sendiri tak hairanla.. Hamster kesayang anak Ke 2 aku menjadi sasaran. Dek kerana aku terlupa nak bawa masuk sangkar Hamster ke dalam rumah ke dua dua nye menjadi korban...


Yang Tinggal Hanyalah sangkarnye sahaja .Jenuh juga la nak memujuk anak aku yang tetap menyalahkan silap aku hehe.. nasib baik la dia masih ade Ikan Guppy dan Kucing Gebus Kesayangnya kalau tak terpaksa la beli Hamster yang baru.


Nasib Si Kura-Kura Mini pun sama entah apa yang tak kene dengan rumah barunya yang agak agak mewah dan selesa kerana size badanye yang makin membesar juga melarikan diri dari peliharaankun jenuh juga mencari mana la tau kan ade terselit belakang kabinet Akuariumm ke.. Kabinet Kasut ke.. tapi da tak jadi rezeki anak aku..(dalam hati aku selamat)..da tak banyak keje dan rutin yang perlu aku laksanakan maklumla... kebersihan amat perlu di titik beratkan nak harapkan kan anak anak aku diorang boleh bantu sekadar yang mampu je la yang selebihnya semua aku kene buat sendiri....


Bukan Main Syokk lagi aku kan... bukan ape da semakin berkurangan la rutin akku untuk membersihkan ke semua tempat haiwan peliharan ni.. cuma tinggal yang senang je la cuma Cik Nab ni yang perlu pembersihan yang sempurna kalau tak satu car porh ade perfume maklumla Cik Nab ni kuat buang air kedua duanye skali makan jeee mesti buang kalau malas alamatnye..tanggung la hidung masing masing bila buka Sliding hehe...Alhamdulillah ade juga org yang nak jadikan Cik Nab aku ni Anak Angkat Besar Tapak Tangan Lori Treler aku tadahkan..so seekor Cik Nab da ade pemilik angkatnye..tinggal lagi seekor..mane tau kot kot ade yang terbekenan.

Anak ke 2 yg rajin melayan karenah Cik Nab
Sayang memang la sayang..maklumla da hampir setahun dipelihara kan...Tinggal la Si Putih Tanpa Pasangan.. aku membuat keputusan untuk mengalihkan sangkar tersebut ke luar rumah dengan persetujuan Hubby kami sama sama mengalihkan sangkar Arnab tersebut ke luar rumah..tapi hayat Si Putih tak lama.. Anjing liar yang berkeliaran selalu mengintai intai Cik Nab dalam sangkar..Bulan Ramadhan baru baru ni berakhir la hayat Si Putih di baham rakus oleh Sang Anjing..tak perlu la kot aku cerita detail  kat sini rasanya..sedih dan menyesal tu sama naik jerkk ye la kan elok elok duk dalam pagar aku alih luar pagar..Nasi da jadi bubur aku Redha...


Ikan Kaloi ni pun tak lama setelah 5 tahun aku memeliharanya nasibnye aku serahkan pada yang Maha Kuasa Kata sepakat ngan Hubby telah diputuskan aku lepaskannya hidup BEBAS ke Sungai Bera..Harap harap panjanglah hayatnya kalau tak teperangkap dengan Jala atau Mata Pancing siPemancing...

Yang tinggal sekarang ni Hanyalah Seekor Kucing dan beberapa ekor ikan Guppy yang masih menjadi haiwan peliharaan kami sekeluarga...Beginilah kesudahan Mini Zoo yang kami sekeluarga ciptakan bersama..
Insya allah kalau ade kelapangan masa aku akan sambung pulak ngan cite Sibulus yang semakin Dewasa...