Wednesday, 16 November 2011

Word Think




Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh, bersemangat waja – berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula ; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik 

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad

Marah & Dendam




Bagaimana Menghilangkan Sifat Marah   

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.   

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". 

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Sepatutnya Tidak ada di dalam kamus hidup kita perkataan kalau atau barangkali. Hati sepatutnya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : 

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina. 

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.  Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam.  Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar,darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. Berbanyak-banyakkanlah beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Nasihat PZM (Pakat Zat Makanan)


ANAK ANDA IALAH APA YANG DIA MAKAN


Assalamualaikum sahabatku sekalian alhamdulillah baru hari ni berkesempatan nak menjengok ke blog yg dah lama tinggal ni... hari ni ader kesempatan nk kongsi ape yg dapat semasa menghadiri ceramah oleh PZM di Klinik Kesihatn Triang baru baru ni..alhamdullillah semoga ianya berguna untuk kita semua..

Makanan anak anda mempengaruhi:-

  • daya ingatan, berfikir, dan kecergasan akal
  • memberi kesan kepada system biokimia tubuh
  • makanan yang baik – fungsi otak dan urat saraf berkesan

Makanan yg dianjurkan ketika bersarapan:-


  • bijirin, susu, roti penuh serat, buah-buahan
  • nasi atau mi tidak digalakkan kerana karbohidrat yang banyak akan menyebabkan mengantuk
  • makan beberapa keping roti disapu jem dan segelas susu
  • banyakkan minum air kosong – mengurangkan kesan penyakit

Elak tekanan


  • lesitin – mengelakkan tekanan
  • cth: terdapat pada sayur2an

Sumber utama makanan minda


  • karbohidrat
  • lemak
  • protein
  • vitamin
  • galian
  • air

Fungsi otak peringkat optimum


Terbahagi kepada 3:-

  • Oksigen – mencergaskan otak, memberangsangkan perkembangan neuron
  • Glukosa – pembekal kuasa elektrik bagi neuron
  • Protein – baik utk neurotransmitter otak, tenang dan menguatkan daya ingatan. Terdiri drp 2 jenis:-
i) Asid amino tisosina – kacang soya, kacang dal – makanan penggalak mental
ii) Asid amino triptofan – jagung, makanan tenusu, pisang, bijirin bunga matahari, beras perang – menyegarkan otak




Makanan & Vitamin


  • makanan yg baik mengandungi vitamin
  • digalak memakan pelbagai vitamin
  • mendapatkan kualiti & kemampuan berfikir dan daya ingatan yang baik
  • cth: B1, B2 (riboflavin), B6, B12 dan asid folik

Neurotoksik dan neurofilik


  • elak makan neurotoksik yg tidak baik utk perkembangan otak
  • kurangkan makanan yg mengandungi garam dan gula berlebihan spt: makanan ringan, ais krim, gula-gula dan coklat
  • gula berlebihan menyerap nutrien spt vit B
  • jika kurang vit B – kurang tumpuan, mudah kecewa, kurang daya ingatan
  • elak makanan terlalu berlemak spt: makanan goring, makanan ringan
  • elak terus minuman kafein sejak kecil
  • makanan neurofilik – ‘tonik otak’ – spt: kuning telur, buah limau, pisang, daging tanpa lemak, ikan, minyak ikan, kekacang spt kacang dal, pistachio, pis, kacang soya, kubis bunga, kubis
  • galak anak makan beras perang, kurma, kismis, badam, madu
  • makan seberapa banyak sayur